Sunday, June 5, 2011

Jejak kasih...

" Eh, ko ni fahmi kan ? " tanyaku.
" Err...a'ah, siapa neyh yer ?" balasnya.
" Akulah, dulu sekolah kat SRA Assam Jawa gak..ko tak ingat kew ? xperlah, ok.. aku pergi dahulu ! "
Pertemuan beberapa saat di suatu pusat hiburan di Kuala Selangor itu amat indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala memori-memori silam bersama insan istimewa ini mula menggamit di benak fikiranku. Aku termenung seketika.

" Dia dah lupakan aku ker ?! ", berbagai-bagai persoalan mula berlegar di pemikiranku.
"Argh, persetankan sahaja semua itu. Aku akan buka kembali buku kenangan itu ! " bentak hatiku.
Tiba sahaja di perkarangan rumah, aku segera melayari laman sosial yang agak popular di zaman kini, facebook. Orang kata, melalui laman ini kita boleh jumpa rakan-rakan lama, keluarga yang jauh, malah bekas teman laki or perempuan pown ader juga. Hehe... Duduk sahaja di hadapan skrin komputer, jari-jemariku mula menekan kekunci F-A-H-M-I.
"Haduhai, ramai pulak insan yang bernama Fahmi neyh..," ujar hatiku seperti berputus asa. Tanpa berlengah, aku segera bertanyakan nama bapanya pada ibuku kerana ibuku adalah guru agama yang agak terkenal di sekolah tersebut.

"Mak, mak ingat tidak budak dulu-dulu yang putih-putih dari German tu ? Yang nama dia 'fahmi' kalau tidak silap," tanyaku.
"Owh, budak si fahmi itu kew ? Nama ayahnya Abdul Razak kalau tidak silap. Jap, ni pehal tetibe jew ko tanya pasal dia ? ," tanya ibuku dengan penuh keraguan serta syak wasangka.

Aku hanya mampu tersenyum tersipu-sipu. Lantas aku segera menyambung pencarian jejak kasihku ini. Pencarianku mengambil masa agak lama termasuk melalui maklumat-maklumatnya yang masih samar-samar. Akhirnya, setelah beberapa minit berusaha, Alhamdulillah, aku berjaya !

Beginilah gambar utama profile dia. Sungguh berbeza dari fahmi yang ku kenal suatu masa dahulu. Dan.. nama yang terdapat pada profilenya ialah a-h-m-a-d f-a-h-m-i... haha~ baru hari ini kutahu nama asalnya.

Tidak terhenti pengenalan kami setakat situ sahaja, akaknya mula mengenali aku. Aku pun bingung bagaimana dia boleh mengenali daku. Kami bekerja di bawah suatu bumbung zink tesco.

Tetapi, bukan perihal kakaknya yang ingin aku teruskan di sini. Tetapi, suatu persoalan yang masih bermain-main di fikiranku ini. Bagaimanakah ibunya yang mempunyai warganegara Jerman boleh terpikat pada seorang lelaki Melayu ? errmm... kadang-kadang hampir gila aku memikirkan bagaimana hubungan antarabangsa ini boleh terjalin ? Itulah kata orang, kalau dah jodoh, x akan ke mana. Bertuah sungguh !




Inilah wajah yang pernah aku tatap 5-6 tahun dahulu. Mukanya yang agak putih dan akan bertukar kemerah-merahan di kala sinar matahari mula teriak terang. Jarinya yang aku kenal pasti agak bulat-bulat serta berisi berbanding anak-anak Melayu tempatan.Mungkin sampai di sini sahaja coretanku kali ini. -Sekian-

Wednesday, January 26, 2011

Adikku....AZRI PAPA...

" tat..tat... ko taw x, ader sowang budak baru comel ko taw, adik agkat Mas Haikal..."
suatu suara yang ku dengar pada awal persekolahan 2009...
Photobucket

Malam itu di asrama, aku tersempak dengan rakanku, Mamu...
"tat, nk usha tak budak adik Mas tuhh ??" tanya nya...
"boleh gak..." jawabku
aku pun segera mengikutnya dan sampai ke B2.. dan seorang budak sedang berdiri keseorangan di tengah-tengah dorm...
" hah, ni lah dak nyer... owang panggil dia 'PAPA'..."
" owh, ko ker dak yang owang panggil PAPA ?? mmm, biasa jew aku tengok.." tanyaku sambil menghulurkan tangan sebagai salam pekenalan..
" yer bang, saya Azri, owang laen jew yang gelar 'papa'...

TETAPI, aku rasakan, tiada yang ISTIMEWA pada dirinya....

PERTENGAHAN RAMADAN 2010- Rasa sayang mula berPUTIK
Photobucket
perwatakan yang ceria menarik minatku...

WAJAHnya semakin bermain-main di mataku... Aku saja rapat dengan dirinya untuk mengenali NIK dengan lebih rapat kerana dorm mereka bersebelahan....
dan pada suatu hari, aku terpikat padanya apabila dia telah menyedarkan aku tentang KEBESARAN ALLAH dalam hatiku.. JIWAku TUMPAS pada dirinya.. dia berjaya MENUMPASKAN seorang SENIOR yang dulunya adalah KAKI PUKUL pada 2009...

Huh~~ 'pandai sungguh dia berkata-kata...' detik hatiku...
Aku mula merapati dirinya dan aku anggap dia sebagai adik kandungku sendiri...
Photobucket
berkulit putih, berbadan kecil tetapi nampak bersemangat~~

Pada suatu hari, sebelum habis persekolahan, setelah diselidiki...dia bukanlah seorang 'budak' biasa... dia mempunyai sejarah HITAM nya sendiri... Suatu masa dahulu dia dikira berbadan besar berbanding rakan sekelasnya dahulu.. dan dia pernah membelasah beberapa pelajar yang sekolah menengah sehingga cedera atas asbab mempertahankan adiknya yang dibuli.. HAHAHA... aku mula-mula x percaya pun ada... Mana mungkin seorang budak kecil begini boleh membelasah orang yang lebih besar darinya.. haduhai....

Dan, paling mengharukan apabila dia berjanji untuk tidak lagi 'menyentuh' sesiapa lagi melainkan terpaksa...

Photobucket
gambar terakhirku bersama dirinya....sebelum habis hari persekolahan...

Tuesday, January 25, 2011

Jambu ak 2010


Nik Farees Putra... seorang budak yang baik, aktif dan agak lincah... dan salah satu tarikannya yang lain ialah... dia seorang budak yang mempunyai pemikiran yang kuat, dan sering mendapat tempat top 5 dalam setiap peperiksaan. Dia juga bijak dalam membaca pemikiranku dan sering mempunyai idea untuk menentang buah fikiranku. Tetapi, kelemahan nya ialah, dia seorang yang malas untuk menurut arahan senior, salah satu sifat yang tidak harus dicontohi oleh junior lain...

Saturday, March 21, 2009

IntROduCTionS


JAMBU ?! JAMBU ?! JAMBU ?!

APAKAH yang boleh difahami melalui perkataan di atas ???
ADAKAH
hanya sekadar pembuka bicara ???

Atau ???

SIAPAKAH yang boleh dimaksudkan ???

Jambu menurut kamus dewan bahasa dan pustaka adalah :-

a)BUAH-BUAHAN

sejenis buah yang boleh dimakan serta mempunyai dua kategori iaitu jambu air dan jambu batu malah boleh diklasifikan sebagai buah-buahan tempatan kerana sesuai dengan iklim di Malaysia iaitu iklim Khatulistiwa

b)ADIK ANGKAT

seorang insan yang umurnya lebih rendah dan diberi tanggungjawab kepada abang angkatnya untuk dijaga sehingga sampai masa yang ditetapkan

TETAPI ! ADAKAH MAKSUD-MAKSUD DI ATAS SUDAH CUKUP MENYAKINKAN TENTANG PERIHAL MAKSUD ‘JAMBU’ ? MAKA, JIKA MASIH TIDAK MENCUKUPI, MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI MEMBONGKAR MAKSUD TERSURAT SERTA TERSIRAT DI SEBALIK MISTERI JAMBU….