" Err...a'ah, siapa neyh yer ?" balasnya.
" Akulah, dulu sekolah kat SRA Assam Jawa gak..ko tak ingat kew ? xperlah, ok.. aku pergi dahulu ! "
Pertemuan beberapa saat di suatu pusat hiburan di Kuala Selangor itu amat indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala memori-memori silam bersama insan istimewa ini mula menggamit di benak fikiranku. Aku termenung seketika.
" Dia dah lupakan aku ker ?! ", berbagai-bagai persoalan mula berlegar di pemikiranku.
"Argh, persetankan sahaja semua itu. Aku akan buka kembali buku kenangan itu ! " bentak hatiku.
Tiba sahaja di perkarangan rumah, aku segera melayari laman sosial yang agak popular di zaman kini, facebook. Orang kata, melalui laman ini kita boleh jumpa rakan-rakan lama, keluarga yang jauh, malah bekas teman laki or perempuan pown ader juga. Hehe... Duduk sahaja di hadapan skrin komputer, jari-jemariku mula menekan kekunci F-A-H-M-I.
"Haduhai, ramai pulak insan yang bernama Fahmi neyh..," ujar hatiku seperti berputus asa. Tanpa berlengah, aku segera bertanyakan nama bapanya pada ibuku kerana ibuku adalah guru agama yang agak terkenal di sekolah tersebut.
"Mak, mak ingat tidak budak dulu-dulu yang putih-putih dari German tu ? Yang nama dia 'fahmi' kalau tidak silap," tanyaku.
"Owh, budak si fahmi itu kew ? Nama ayahnya Abdul Razak kalau tidak silap. Jap, ni pehal tetibe jew ko tanya pasal dia ? ," tanya ibuku dengan penuh keraguan serta syak wasangka.
Aku hanya mampu tersenyum tersipu-sipu. Lantas aku segera menyambung pencarian jejak kasihku ini. Pencarianku mengambil masa agak lama termasuk melalui maklumat-maklumatnya yang masih samar-samar. Akhirnya, setelah beberapa minit berusaha, Alhamdulillah, aku berjaya !

Beginilah gambar utama profile dia. Sungguh berbeza dari fahmi yang ku kenal suatu masa dahulu. Dan.. nama yang terdapat pada profilenya ialah a-h-m-a-d f-a-h-m-i... haha~ baru hari ini kutahu nama asalnya.
Tidak terhenti pengenalan kami setakat situ sahaja, akaknya mula mengenali aku. Aku pun bingung bagaimana dia boleh mengenali daku. Kami bekerja di bawah suatu bumbung zink tesco.
Tetapi, bukan perihal kakaknya yang ingin aku teruskan di sini. Tetapi, suatu persoalan yang masih bermain-main di fikiranku ini. Bagaimanakah ibunya yang mempunyai warganegara Jerman boleh terpikat pada seorang lelaki Melayu ? errmm... kadang-kadang hampir gila aku memikirkan bagaimana hubungan antarabangsa ini boleh terjalin ? Itulah kata orang, kalau dah jodoh, x akan ke mana. Bertuah sungguh !
Inilah wajah yang pernah aku tatap 5-6 tahun dahulu. Mukanya yang agak putih dan akan bertukar kemerah-merahan di kala sinar matahari mula teriak terang. Jarinya yang aku kenal pasti agak bulat-bulat serta berisi berbanding anak-anak Melayu tempatan.Mungkin sampai di sini sahaja coretanku kali ini. -Sekian-

No comments:
Post a Comment